Semarakkan Ramadan dan Aidilfitri anda dengan pelbagai resepi istimewa dari Munchy's and Jack ‘n Jill

Resipi istimewa pastinya membangkit
selera! Cubalah hari ini!

Dapatkan resipi-resipi Munchy's dan Jack ‘n Jill di sini

Karipap Pusing Berinti Biskut Munchy's LEXUS Krim Coklat

Bahan-bahan untuk inti karipap

  • Sos kastard segera (yang telah siap diadun)
  • 19 gm/6 pek kecil Biskut Munchy’s LEXUS Krim Coklat

Bahan-bahan untuk Doh A: (Doh Minyak)

  • 150 gm tepung gandum
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar marjerin
  • Secubit garam halus
  • 63 ml air sejuk berais

Bahan-bahan untuk Doh B: (Doh Marjerin)

  • 5 gm tepung beras
  • 63 gm margerin

Cara-cara untuk inti karipap

  1. Hancurkan 6 pek Biskut Munchy’s LEXUS Krim Coklat ke dalam sos kastard dan sebatikan.

Cara-cara untuk inti kulit karipap (Doh A)

  1. Panaskan minyak bersama marjerin sehingga mendidih.
  2. Dalam mangkuk berasingan, masukkan tepung gandum.
  3. Tuang cairan minyak panas dan marjerin. Masukkan garam. Sebatikan semua bahan sehingga menjadi serbuk kasar.
  4. Tuang air sejuk sedikit demi sedikit. Uli menjadi doh dan rehatkan seketika.
  5. Bahagikan doh kepada 5 bahagian agar sama berat dan buat bentuk bebola.

Cara-cara untuk inti kulit karipap (Doh B)

  1. Masukkan tepung beras ke dalam mangkuk. Gaul bersama marjerin sehingga adunan melekat menjadi satu bebola doh.
  2. Bahagikan Doh B kepada 5 bahagian sama berat dan buat bentuk bebola.

Cara-cara untuk buat karipap

  1. Leperkan bebola Doh A. Letak bebola Doh B di tengah Doh A dan tutup rapat supaya menjadi 1 bebola besar. Ulang sehingga habis kesemua doh.
  2. Ambil 1 doh bulat dan leperkan setebal anggaran 1/2 cm. Gulung doh yang dileperkan. Uli sekali lagi kepada bentuk bujur memanjang, dan gulung lagi sekali.
  3. Ambil pisau yang tajam, potong doh, gulung kepada 4 bahagian sama tebal.
  4. Ambil satu keping dan leperkan sehingga menjadi bulatan nipis.
  5. Sudukan inti di tengah. Tutup doh karipap dan kelim tepi dengan kemas.
  6. Goreng dalam minyak panas sederhana sehingga keemasan.

Kek Batik Kurma &
Kismis Biskut Munchy's Marie

Bahan-Bahan Untuk Kek Batik

  • 300 gm/1 pek Biskut Munchy's Marie
  • 100 gm mentega masin
  • 60 gm serbuk malt coklat
  • 25 gm serbuk koko
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 50 gm kurma
  • 30 gm kismis
  • 59 ml air panas
  • 1 biji telur

Bahan-bahan untuk coklat ganache

  • 200 gm coklat masakan
  • 200 ml krim putar tenusu
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara

  1. Lapik loyang dengan kertas pembakar supaya kek batik mudah dikeluarkan apabila sejuk. Disyorkan menggunakan loyang 6 x 6 inci.
  2. Potong mentega masin kepada bentuk kiub dan panaskannya di dalam periuk dengan api sederhana sehingga cair.
  3. Masukkan serbuk malt coklat dan serbuk koko. Kacau sehingga pekat dan tambahkan sedikit air & telur serta gaul sehingga sebati.
  4. Gaul adunan coklat bersama biskut Munchy’s Marie kemudian dengan kurma dan kismis.
  5. Susun lapisan Biskut Munchy’s Marie dan adunan coklat secara berselang-seli sehingga habis.

Cara-cara untuk lapisan coklat ganache

  1. Panaskan krim putar tenusu, kacau sehingga suam.
  2. Masukkan coklat ke dalam krim putar.
  3. Masuk sedikit mentega (supaya lapisan ganache berkilat).
  4. Masukkan esen vanila dan kacau sehingga cair.
  5. Tuang coklat ganache ke atas kek batik.
  6. Simpan dalam peti sejuk selama 5 jam, selepas 5 jam ianya sedia untuk dihidang.

Cucur Udang Rangup Munchy’s Oat Krunch Coklat Gelap

Bahan-bahan

  • 10 ekor udang
  • 240 gm tepung gandum
  • 5 keping Biskut Munchy’s Oat Krunch Coklat Gelap (Setiap satu keping dipatah dua)
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu teh baking soda
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1/2 bawang besar
  • 1/2 ikat daun kucai
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit garam
  • 1 cawan air
  • ½ cawan ais ketul

Cara-cara

  1. Potong memanjang daun kucai, potong dadu bawang besar dan sagat halus lobak merah.
  2. Masukkan kesemua bahan yang lain ke dalam mangkuk, kacau sebati. Rehatkan 30 min.
  3. Panaskan sudip dalam minyak panas.
  4. Senduk adunan ke atas sudip dan letakkan Biskut Munchy’s Oat Krunch Coklat Gelap di tengah adunan.
  5. Tutup Biskut Munchy’s Oat Krunch Coklat Gelap dengan satu lagi lapisan adunan dan letakkan udang.
  6. Goreng sehingga keperangan dan sedia untuk dihidang.

Kek Munchy’s Cream-O Vanilla Tanpa Bakar

Bahan-bahan

  • 25 keping Munchy’s Cream-O Vanilla (Diasingkan inti & biskut)
  • 20 keping Munchy’s Cream-O Vanilla (Dipatahkan)
  • 80 gm mentega cair
  • 240 gm krim pekat
  • 250 gm krim keju
  • Krim putar bukan tenusu
  • Strawberi (untuk hiasan)

Cara-cara

Kerak:

  1. Asingkan kepingan Munchy’s Cream-O Vanilla dan inti vanila. Hancurkan biskut untuk lapisan bawah kek.
  2. Cairkan mentega kemudian tuang ke dalam serbuk Munchy’s Cream-O Vanilla.
  3. Tuang adunan tadi kedalam loyang dan simpan di dalam peti sejuk.

Kek Cream-O tanpa bakar:

  1. Masukkan krim keju ke dalam mangkuk diikuti dengan inti vanila Munchy’s Cream-O, gaulkan sehingga sebati.
  2. Sediakan krim pekat, putar sampai jadi pekat.
  3. Masukkan krim putar ke dalam adunan krim keju dan Munchy’s Cream-O Vanilla yang dipatahkan dan kacau sekata.
  4. Tuang kesemua adunan ke dalam loyang dan ratakan.
  5. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 1 jam.

Roti Gulung Rangup Jack ‘n Jill Roller Coaster Keju

Bahan-bahan

  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 3 pek/60 gm Jack ‘n Jill Roller Coaster Keju
  • 1 pek kastard segera (Yang telah siap diadun)
  • 4 kepingan keju (cth.: Cheesedale)

(Daun parsli untuk hiasan)

Cara-cara

  1. Kisar Jack ‘n Jill Roller Coaster Keju kepada 1 bahagian kasar dan 1 bahagian halus serta ketepikan.
  2. Masukkan kastard segera dan setengah mangkuk Jack ‘n Jill Roller Coaster Keju (kasar) serta gaul sebati.
  3. Sediakan roti, letakkan 1 kepingan keju dan adunan kastard sebelum digulung.
  4. Salut telur setiap gulungan roti kemudian digaul bersama serbuk Jack ‘n Jill Roller Coaster Keju (halus).
  5. Goreng sehingga keperangan.

Kek Mug Jack ‘n Jill Cloud 9 Classic

Bahan-bahan

  • 5 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 sudu teh sebuk koko
  • 1/4 cawan susu segar
  • 1 sudu besar mentega cair
  • 2 ketul Jack ‘n Jill Cloud 9 Classic (12 gm)
  • Gula halus untuk hiasan

Cara-cara

  1. Di dalam koleh (cawan besar), satukan tepung gandum, serbuk koko dan serbuk penaik.
  2. Kemudian masukkan gula kastor, susu segar dan mentega cair. Gaul sehingga sebati.
  3. Campurkan Jack ‘n Jill Cloud 9 Classic yang telah dipotong dadu ke dalam adunan tadi.
  4. Masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro selama 1 minit 30 saat dan sedia untuk dihidang.
Back to Top

Terus bersama kami dan nikmati pelbagai promosi raya di Fb Munchy's!